BAGAIMANA UNTUK MENGIKUTI KURSUS KAMI?
PENDAFTARAN KERJASAMA GEREJA DENGAN BBS:
SENIOR PASTOR / PEMIMPIN YANG BERTANGGUNGJAWAB
-
Untuk mendaftarkan gereja anda dalam program BBS kami, pastor atau pemimpin perlu mendaftarkan gereja di bawah BBS dan menyediakan bayaran sebanyak RM 50 .
-
Jika anda, sebagai pastor atau pemimpin yang bertanggungjawab, berminat dengan topik yang tertentu, anda boleh meminta salinan kursus ini daripada BBS. Kami akan menyediakan salinan digital kursus tersebut secara percuma. Sila ambil perhatian bahawa salinan digital ini bertujuan untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk dikongsi dengan ahli gereja yang lain.
-
Jika anda ingin mengajar kursus-kursus ini kepada ahli gereja anda, anda boleh daftarkan mereka untuk program BBS. Yuran pendaftaran untuk setiap kursus ialah RM 10, tidak termasuk Kursus Manual.
-
Untuk mendaftarkan gereja anda di bawah BBS, sila hubungi:
PENDAFTARAN PELAJAR
Sila hubungi gereja tempatan anda yang telah menjadi sebahagian dengan kami.
Bagi Individu
-
Kursus-kursus ini terbuka kepada semua. Jika gereja anda tidak terdaftar dalam program BBS kami, anda boleh membeli kursus manual kami bagi pendaftaran individu. Harga kursus manual termasuk dengan kos pencetakan dan pos.
Malaysia Timur
- RM 30 bagi setiap kursus manual
(Sabah & Sarawak)
Malaysia Barat
- RM 40 bagi setiap kursus manual
Yuran bagi Sijil Pelayanan BBS
-
Pelajar yang mendaftarkan diri bagi Sijil Pelayanan yang ditawarkan oleh BBS dikehendaki menyiapkan tugasan untuk mendapatkan kredit kursus.
-
Yuran kursus yang perlu dibayar kepada BBS bagi Sijil Pelayanan adalah sebanyak RM 50 bagi setiap kursus, tidak termasuk kos Kursus Manual.
Yuran bagi Program Perlengkapan Gereja BBS:
-
Pelajar yang mendaftarkan diri dalam mana-mana kursus yang ditawarkan oleh BBS sebagai sebahagian daripada Program Perlengkapan Gereja layak mendapatkan pengiktirafan kehadiran mereka. BBS tidak akan mengeluarkan tugasan kecuali rekod kehadiran yang ditanda oleh gereja tempatan. Kehadiran mestilah sekurang-kurangnya 90% untuk semua kelas, kecuali dalam kes di mana kebenaran khas telah diberikan oleh fasilitator.
-
Pelajar yang menamatkan lebih daripada 12 kursus akan menerima sijil daripada BBS, bagi menghargai pencapaian mereka dalam Majlis Graduasi bagi mereka yang menerima Sijil Pelayanan.
-
Kos setiap kursus untuk setiap pelajar ialah RM10 , tidak termasuk Kursus Manual yang disediakan oleh gereja tempatan.

